Sunday, October 21, 2012

persoalan buat diriku??????

agak2 senang tak jadi harapan keluarga...
bagi aku ni lah luahan yang dapat aku katakan.....

memegang watak sebagai kakak sulung dalam famili membuatkan aku sering ingin menangis...
pelbagai ujian telah ku lalui dan pelbgai lagi yang akan mendatang....

mempunyai adik2 yang lebih menonjol dari aku membuatkan aku rasa ...
adakah aku layak untuk dijadian harapan dari ibubapa aku.....
aku pun tahu la tapi hati aku jadi sedih bila setiap kali adik aku dikatakan sebagai anak sulung...

adik aku yang dapat melanjutkan pelajaran di sekolah menengah tun fatimah di Johor memang membuatkan satu family aku bangga ....
tapi bila ada orang yang  tanya sapa yang belajar kat sana ...jawapan yang sama yang kami terima
"yang sulung?" lepas tu trpksa la jwb  yg no 2....

pasal aku soalan yang sama juga la mereka tanya....
kak long belajar kat mana?
aku sekolah harian je la jawapan aku....

nak salah mereka soal ni .... memang tak boleh la... citer ni x dihebohkan ...sapa yang tak tahu  mestilah tanya..
aku sendiri x boleh nak salahkan mereka
tapi aku tak tahu mungkinkah pandangan orang lain kat aku....
baik atau buruk hanya DIA yang tahu....

tapi bagi aku untuk menggalas kakak sulung memang payah....
bukan aku nak cakap aku tak suka jadi kakak tapi perkara yang sering membebankan kepala aku...

adakah aku tak pernah nak bersyukur dilahirkan sebagai anak sulung dalam famili ni....
aku masih lagi tertanya-tanya soal itu....
aku sendiri tak tahu apa kelebihan yang aku ada yang dapat membanggakan ibu bapa aku...

tapi  apa yang aku tahu...
aku akan menjalani kehidupan aku dengan keadaan ceria,tenang dan sentiasa sabar.....
semua rahsia kehidupan adalah rahsia-NYA.....



No comments:

Post a Comment